Kanak-kanak maut jatuh pangsapuri

11214096_1650753758489540_6638428723998055625_n

BUTTERWORTH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan pangsapuri Taman Air Tawar Indah di sini, hari ini.

Muhamad Adam Qhalish Mohd Hairul Anuar yang merupakan anak kepada pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian itu disedari ibunya selepas diberitahu jiran yang ternampak mayat kanak-kanak itu di kawasan bawah pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kanak-kanak itu dikatakan bermain seorang diri di dalam sebuah bilik yang terdapat susunan kotak di tepi tingkapnya.

“Dia dipercayai memanjat kotak itu sebelum terjatuh melalui tingkap bilik itu,” katanya kepada Bernama.

Abdul Rahman berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya sebelum dibawa pulang ke Klang, Selangor untuk dikebumikan. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.