Kanak-Kanak Dipukul & Dibiar Kebuluran Hingga Mati

WCPO_Glenara_Bates_triptych_1427734887303_15832866_ver1.0_640_480

Ohio – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia akibat didera dan dibiarkan kelaparan, dalam kes yang mengejutkan dan disifatkan oleh forensik sebagai kes kebuluran paling teruk pernah dilalui mereka.

Kanak-kanak perempuan itu, Glenara Bates diperlakukan dngan kejam oleh ibu bapanya, Andrea Bradley, 28 dan Glen Bates, 32.

Glenara meninggal dunia di hospital pada 29 Mac lalu akibat dipukul dengan teruk malah terdapat lebih 100 luka dikesan pada badannya termasuk lebam akibat dibelasah dengan tali pinggang, cedera di kepala serta gigi patah.

WCPO_AndreaBradley_GlenBates_1427724799861_15824933_ver1.0_640_480

Ketika dirawat di hospital, beratnya hanya 5.9 kilogram, iaitu sama dengan berat bayi berusia antara tiga hingga empat bulan.

Malah pada hari-hari terakhir hayatnya, Glenara diletakkan di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan najis dan darahnya.

Menurut forensik Lakshmi Kode Sammarco, beliau dan pasukannya mengambil masa selepas empat jam untuk merekodkan kecederaan yang dialami kanak-kanak malang itu.

“Penderaan yang dialami oleh kanak-kanak ini sesuatu yang sukar dipercayai. Ia amat menyedihkan kerana seekor anjing pun tidak akan dilayan sedemikian rupa.

“Jika ibu bapanya itu dijatuhi hukuman mati, maka saya memang menunggunya,’’ kata Lakshmi.

Susulan kejadian berkenaan, Andrea dan Gate telah ditangkap dan pendakwaraya kini mencadangkan supaya kedua-duanya dikenakan hukuman mati kerana membunuh anak mereka.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.