Kanak-kanak 2 tahun digigit anjing di muka

Libby Jane Wilson

Libby Jane Wilson

LANCASHIRE – ENGLAND. Seorang kanak-kanak perempuan cedera di muka selepas digigit seekor anjing ketika sedang bermain di sebuah taman, Ahad lepas.

Menurut Dailymail, Libby Jane Wilson, 2, sedang bermain di sebuah terowong di taman permainan bersama-sama ayahnya apabila seekor anjing baka Jack Russel menyerangnya.

Ayah kanak-kanak malang berkenaan, Alex Knight berkata, beliau menendang anjing tersebut selepas anak perempuannya menjerit digigit.

Pemilik anjing tersebut kemudian memanggil anjingnya dan melarikan diri, tambahnya Knight.

Menurut doktor, kanak-kanak tersebut yang luka di bawah mata dan di atas bibir akan sembuh seperti sediakala selepas diberikan antibiotik.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.