Kaki pelajar tersepit di besi penutup longkang

Pelajar tingkatan satu terpaksa menahan sakit apabila kakinya tersepit di besi penutup longkang.‎

Pelajar tingkatan satu terpaksa menahan sakit apabila kakinya tersepit di besi penutup longkang.‎

PUCHONG – Seorang pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Permai terpaksa menahan sakit hampir 15 minit apabila kakinya tersepit di besi penutup longkang di depan sekolah itu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi, mangsa yang berusia 13 tahun sebelum itu dikatakan baru melintas jalan utama Persiaran Permai bersama rakannya.

Sumber berkata, mangsa dipercayai tidak sedar satu daripada besi penutup longkang sudah reput dan patah ketika melalui di atasnya.

Akibat kejadian, kaki mangsa terperosok ke dalam celah besi yang berlubang.

Pelajar perempuan itu menangis dan terpaksa menahan kesakitan sebelum orang ramai memotong besi itu untuk mengeluarkan kakinya.

“Dia yang bersekolah sesi petang mengalami luka ringan dan tercalar akibat bergesel dengan besi,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan aduan mengenai kerosakan besi tersebut sudah dibuat kepada pihak berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun,tiada tindakan diambil untuk membaikinya hinggalah kejadian berlaku, pagi tadi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.