Kakak berkorban demi adik

BERUAS – Demi kerana sayang, seorang kakak sanggup menjaga tiga adiknya yang mempunyai masalah mental setelah kematian ibu bapa mereka sejak 12 tahun lalu.

Hamdi menyerahkan sumbangan kepada Latipah dan suaminya bagi meringankan beban mereka.

Hamdi menyerahkan sumbangan kepada Latipah dan suaminya bagi meringankan beban mereka.

Latipah Harun, 57, bersama suaminya Badarudin Osman, 57,  berusaha menjaga adik-adiknya kerana dia tidak sanggup melihat Abdul Talib, 28, Rokiah, 44, dan Salehudin, 49, dibiarkan begitu sahaja.

“Sebelum ini saya dan suami tinggal di tempat lain tetapi setelah kematian mak saya pulang ke kampung ini untuk mengambil alih tugas mak menjaga adik-adik.

“Kini mereka bertiga di bawah jagaan saya dan suami memandangkan mereka sendiri tidak mampu menguruskan diri terutama makan pakai mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pintu Gerbang, Beruas.

Mereka ditemui  ketika lawatan sempena program Walkabout Yayasan Bina Upaya (YBU) di kampung itu.

Hadir sama penasihat Penerangan Kerajaan Negeri Datuk Hamdi Abu Bakar dan Ketua Pegawai Operasi YBU Khairul Anuar Mohd Nor.

Latipah berkata, suaminya hanya bekerja kampung manakala dia perlu memberi perhatian kepada adik-adiknya.

Menurutnya memang kehidupan agak sukar kerana pendapatan suaminya tidak menentu menyebabkan mereka hanya mampu menyediakan keperluan alar kadar sahaja untuk adik-adik.

“Hanya seorang adik sahaja setakat ini yang mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan.

“Besar harapan kami supaya adik-adik yang lain juga mendapat bantuan bagi meringankan beban,” katanya.

Katanya, dia akan berusaha menjaga mereka sebaik mungkin kerana ini adalah amanah memandangkan mereka adalah adik-adiknya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.