Kahwin Tanpa Hantaran, Resepsi Di Luar Negara

Nora1Aktres Nora Danish tidak mementingkan soal barang hantaran untuk hari perkahwinannya. Sebaliknya dia mahu melaksanakan yang wajib sahaja iaitu cukup dengan acara akad nikad. Kemudian dia berhasrat mengadakan sebuah majlis secara sederhana untuk meraikan hari bahagianya itu di sebuah pulau di luar negara.

“Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.

“Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala ‘beach wedding’. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap”, kata Nora Danish kepada Malaysia Digest ketika ditemui pada majlis Doa Selamat sempena penggambaran filem terbaru terbitan MIG, ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’, bertempat di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya, semalam.

Empunya nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 31, ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang menyebut, dia kononnya sudah membeli barang-barang hantaran. Sekaligus membuat persiapan sedikit demi sedikit untuk mengahwini teman lelakinya, Nedim Nazri, dalam tahun ini.

Menafikan hal tersebut, Nora berkata dia tidak membuat sebarang persiapan untuk perkahwinan termasuklah membeli barang-barang hantaran seperti yang didakwa.

“Saya tak pernah beli barang-barang hantaran. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sebab saya memang tak ada langsung membuat persiapan.

“Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain. Kami sebenarnya lebih suka bergelar kawan biasa. Memang lah kahwin ni satu perkara yang baik. Tapi Allah belum tetapkan lagi jodoh kami. Harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk saya”, tuturnya.

Perkembangan lain, Nora bakal sibuk di lokasi penggambaran filem komedi seram berjudul ‘Hantu Bonceng Ikat Tepi’. Filem arahan Hashim Rejab itu akan memulakan penggambaran di sekitar lembah Klang pada 23 Februari ini.

Selain Nora antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini seperti kumpulan Jambu iaitu Taukeh dan Yus, Abam (Bocey), Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Atikah Suhaime, Ruminah Sidek, Niezam Zaidi dan ramai lagi. – Malaysian Digest

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.