Kafa dakwa kawalan lemah

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendakwa kawalan keselamatan yang lemah sebagai punca berlaku kekecohan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Rabu lalu.

Ismail (dua,kiri) menunjukkan bukti bergambar berupa objek besi yang dibaling kepada penyokong Kelantan ketika menyaksikan pertemuan menentang JDT di Larkin, Rabu lalu

Ismail (dua,kiri) menunjukkan bukti bergambar berupa objek besi yang dibaling kepada penyokong Kelantan ketika menyaksikan pertemuan menentang JDT di Larkin, Rabu lalu

Naib Presiden Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, insiden tersebut seumpama ‘balas dendam’ ke atas penyokong Kelantan terhadap apa yang menimpa penyokong JDT ketika mereka bertandang ke Kota Bharu pada 15 Januari lalu.

“Kafa dukacita dengan insiden yang berlaku Selasa lalu. Sepatutnya perkara ini boleh dielakkan sekiranya pihak berkenaan meningkatkan tahap keselamatan, namun itu tidak berlaku.

Bagi saya pihak PBNJ gagal mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Kemasukan penyokong melebihi kapasiti stadium menyebabkan perlawanan tertangguh hampir 40 minit. Lebih teruk, tidak ada zon penampan yang memisahkan penyokong kedua-dua pasukan sehingga mereka (penyokong Kelantan) sendiri dihimpit dan dikenakan provokasi melampau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kafe The Red Warriors di sini, semalam. Hadir sama Timbalan Pengerusinya, Tuan Aziz Tuan Mat dan Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK), Yahya Jamada Ali.

Menurut Ismail, situasi diburukkan lagi apabila terdapat segelintir individu dalam Kelab Penyokong Pasukan Timbalan Setia Negeri (JMF) yang duduk bersebelahan dengan penyokong Kelantan melakukan provokasi selain turut memperlekehkan tugas anggota keselamatan pada perlawanan tersebut.

Ekoran insiden itu, Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Kafa memberitahu, surat bantahan akan dihantar dalam masa terdekat kepada pihak FAM dan menggesa badan induk bola sepak kebangsaan itu melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden berkenaan.

Pada aksi pusingan pertama Liga Super di Kota Bharu, Januari lalu, kira-kira 200 penyokong JDT terpaksa dibawa masuk ke dalam padang selepas perlawanan berikutan provokasi yang tercetus dengan penyokong tuan rumah.

Nada sama turut disuarakan Pengerusi KPBSK, Yahya Jamada yang kecewa dengan layanan pihak tuan rumah apabila ahli mereka tidak dibenarkan memalu gendang di dalam stadium atas arahan pihak tertentu pada perlawanan tersebut.

“Saya rasa ‘mujur’ Kelantan tewas pada perlawanan tersebut. Ada antara penyokong Kelantan mengalami kecederaan selepas dibaling dengan besi, jadi bayangkan jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri atau memihak kepada kita, pasti lebih teruk insiden berlaku,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.