Justin Bieber Hanya Akan Kahwin Jika Selena Gomez Hamil

justinAlahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan berkahwin dengan aktres comel itu sekiranya Gomez hamil.

Menurut International Business Times, ini kerana gosip mengatakan Bieber bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat adalah merupakan khabar angin sahaja.

Bieber dikatakan masih tidak puas lagi berhibur dan berfoya-foya biarpun sudah memiliki Gomez.

Sebelum ini pun, pasangan remaja paling popular ini pernah beberapa kali putus cinta dan kemudiannya cinta mereka bersambung kembali kerana Gomez tidak mahu melihat teman lelakinya terus hanyut dengan kemasyhuran yang dikecapinya kini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.