Julia Ziegler Nafi Mabuk Ketika ‘Shooting’ Di Sydney

JULIA ZIGLER / RAFFLESIA PEARL CENTREPelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman, Julia Ziegler menafikan khabar angin mengatakan seorang pelakon wanita mabuk teruk ketika menjalani pengambaran di Sydney, baru-baru ini.

Menurut laporan berita itu, klue yang diberikan banyak terarah kepada pelakon tersebut sehingga ramai membuat telahan memang Julia lah orang yang dimaksudkan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Julia menjelaskan, “eh, mana ada, mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai)”.

“Memanglah saya jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini. Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini,” katanya dipetik Harian Metro.

Kalau betul awak tak buat, tak payah takut lah Julia, lama-lama orang pun akan berhenti bercakap mengenai perkara ini kalau tak de bukti yang jelas. Tak gitu? – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.