Juarai Mentor Milenia, Fareez Mahu Sambut Birthday Di Mekah

1-Menang-Mentor-Milenia-Fareez-Mahu-Sambut-Birthday-Di-Mekah

“Duit ini saya akan tunaikan impian saya untuk menyambut ulang tahun kelahiran di Mekah. Tarikh lahir saya pada 6 Mei ini. Kalau boleh saya nak bawa ibu saya bersama ke sana kerana sekarang ini dia menetap di Kedah,” katanya yang ditemui selepas selesai sahaja Konsert Final Mentor Milenia malam kelmarin.

Dalam pada itu, ada juga yang turut mempertikaikan kemenangannya kerana dia merupakan anak kepada pelakon Fauzi Nawawi, bagaimanapun dia tidak melatah dan menganggap itu semua rezeki yang sudah tertulis.

“Ketika abang Hazama memilih saya sebagai protegenya dia tidak tahu akan status saya iaitu anak kepada Fauzi Nawawi, dan sekiranya saya tidak layak sudah tentu abang Hazama tidak memilih saya,” katanya yang akan terus berjuang dalam industri muzik serta lakonan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.