JPAM cipta ‘mobile kitchen’

IPOH – Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berjaya mencipta sebuah mobile kitchen yang mampu menyediakan lebih 500 sajian makanan sebagai persediaan menghadapi musim banjir di negeri ini.

Anggota JPAM yang selesai melakukan tugas menyelamat mengambil makanan disediakan tukang masak yang dilatih khusus untuk bertugas ketika kecemasan.

Anggota JPAM yang selesai melakukan tugas menyelamat mengambil makanan disediakan tukang masak yang dilatih khusus untuk bertugas ketika kecemasan.

Peralatan yang pertama kali dicipta agensi penyelamat di negara ini itu boleh dijadikan tempat memasak waktu kecemasan dan mudah dibawa ke lokasi yang memerlukan kemudahan memasak.

Pengarah Pertahanan Awam Perak, Kolonal (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, kesukaran anggota JPAM mendapatkan bekalan makanan ketika menghadapi bencana alam menjadi pencetus idea penghasilan Mobile kitchen.

“Masalah sumber makanan terhad dilihat sering dihadapi anggota bertugas terutama mereka menghadapi tugas berat dan mencabar seperti banjir serta tanah runtuh.

“Tugas ini memerlukan lebih tenaga berbanding tugasan harian selain sukar menghubungi katering pada waktu kecemasan oleh JPAM dan agensi penyelamat lain,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan serba boleh itu akan menempatkan tukang masak dilatih khas untuk menyediakan makanan ketika  kecemasan.

Katanya, inisiatif dalam melatih tukang masak berkemahiran dilihat sebagai persediaan awal bagi JPAM dalam menghadapi bencana kecemasan kelak.

“Penghasilan Mobile kitchen ini bukan sahaja mampu digunakan untuk tujuan memasak malah,  sebagai logistik bagi mengangkut anggota atau barang keperluan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Inovasi JPAM Negeri, Mohd Ameen Saleeh berkata, pihaknya mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan kenderaan itu sempena Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat JPAM di Akademi JPAM, Bangi, Selangor yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Mobile kitchen ini dihasilkan daripada lori kemudiannya diubah suai deng-an memasukkan beberapa peralatan dapur dan alat pembekal tenaga elektrik,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.