Janji Mata julang United musim depan

 

Juan Mata

Juan Mata

“KAMI akan bangkit lebih garang pada musim depan.”

Itu janji dilontarkan bintang tengah Manchester United, Juan Mata selepas melihat pasukan diwakilinya menamatkan kempen liga di tempat ketujuh.

Kelmarin, beliau muncul wira menyelamatkan United daripada tewas dengan ledakan tendangan bebas bagi mengakhiri permainan seri 1-1 ketika bertemu Southampton.

“Gol itu membantu pasukan untuk mengelak daripada alami kekalahan. Kami tak bangga dengan situasi sekarang.

“Di United, jika gagal memenangi Liga Perdana Inggeris pada satu musim, kami harus merebutnya pada musim berikutnya,” katanya.

Mata kini sudah menjaringkan enam gol dalam 15 penampilan bersama United, dua di antaranya melalui tendangan bebas.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.