Jangan terperangkap helah UiTM

 

Pemain PDRM diingatkan tidak memandang enteng keupayaan skuad UiTM pada aksi Liga Perdana, hari ini.

Pemain PDRM diingatkan tidak memandang enteng keupayaan skuad UiTM pada aksi Liga Perdana, hari ini.

PEMAIN pertahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabree Abu menggesa rakan sepasukan tidak mudah terpedaya dengan helah yang mungkin dipasang pasukan UiTM FC menjelang aksi Liga Premier di Kelana Jaya, petang ini.

Menurutnya, pemain UiTM bukanlah calang-calang pasukan kerana pernah mengikat Johor Darul Ta’zim II dan Kedah, baru-baru ini.

“Kami harus waspada dengan mereka (UiTM) dan berazam beri saingan terbaik.  

“Kita pun sukar nak kalahkan UiTM pada kempen pusingan pertama lalu.

“Setiap pasukan yang jumpa kami sudah tentu bagi komitmen lebih 100 peratus. Kami tidak boleh ambil mudah kali ini,” katanya.

PDRM kini masih menerajui liga dengan kutipan 39 mata selepas 15 perlawanan.

Mereka bakal turun tanpa khidmat penggempur berbisa, Ali Ashfaq yang mewakili negaranya di Maldives untuk pertemuan persahabatan menentang Laos.

Walau bagaimanapun, kelibat gandingan Bobby Gonzales dan Charles Souza Chad jadi taruhan bagi merobek gol lawan untuk terus mengukuhkan kedudukan liga musim ini

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.