‘James Bond’ Mahu Jual Aston Martin RM2 Juta Miliknya

LELONG… Tokoh perisikan Inggeris terunggul di layar perak, James Bond, dilaporkan mahu ‘berpisah’ buat selama-lamanya dengan kereta mewah kesayangan miliknya iaitu Aston Martin.
Pelakon warga British, Daniel Craig yang pernah membawa peranan ikonik itu menerusi empat buah filem tersebut, mahu melelong model Aston Martin edisi terhad yang dihasilkan khas untuk dirinya pada empat tahun lalu.

Firma yang dilantik untuk menguruskan acara lelongan berkenaan, Christie’s memberitahu media antarabangsa bahawa hasil bidaan paling tinggi itu nanti bakal disalurkan kepada sebuah organisasi kebajikan terpilih.

Pelbagai model kereta Aston Martin telah muncul dalam filem-filem Bond sejak 50 tahun lalu, bermula dengan Goldfinger pada tahun 1964, yang menyaksikan aktor Sean Connery memandu model DB5 berwarna perak.

Jenama eksklusif keluaran syarikat Britain tersebut dan ditubuhkan sejak 1913 itu; telah muncul dalam kesemua empat sekuel filem Bond yang pernah dilakonkan oleh Craig yang bakal berusia genap 50 tahun pada 2 Mac ini.

Kereta milik Craig ialah model Vanquish tahun 2014 yang hanya dihasilkan sebanyak 100 buah bagi meraikan ulang tahun ke-100 penubuhan Aston Martin oleh dua orang pengasasnya iaitu Lionel Martin dan Robert Bamford.

Kereta peribadi Craig itu malahan mempunyai nombor plat pendaftaran ‘007’ yang sering digunakan dalam semua filem James Bond sebagai kod rujukan ganti nama pengenalan diri untuk penyamaran ejen perisikan tersebut.

“Ia satu penghormatan pada kerjaya beliau. Apa yang Craig bawakan dalam watak Bond itu sangat dihargai syarikat automotif tersebut, dan pastinya oleh jutaan peminat tegarnya sendiri,” ujar Pengarah Christie’s, Becky MacGuire.

Kenderaan dua pintu berkenaan bahkan mempunyai rangka luaran yang berwarna biru dengan kemasan dalaman unik daripada bahan material kulit berwarna biru gelap, kerana ia memang dihasilkan mengikut cita rasa Craig.

Hasil lelongan itu akan dimanfaatkan badan kebajikan di New York, The Opportunity Network, yang memberi peluang kepada pelajar golongan kurang berkemampuan untuk mengejar impian dalam pendidikan dan kerjaya.

Craig dan isterinya, aktres Rachel Weisz, merupakan ahli lembaga pengarah organisasi itu. Nilai kereta dianggarkan antara AS$400,000 hingga AS$600,000 (RM1.56 juta hingga RM2.33 juta). – Agensi

Incoming search terms:

  • human barbie valeria
  • 3d barbie

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.