Jambatan runtuh masih digunakan

MASJID TANAH – Jambatan yang menjadi penghubung 10 rumah di Kampung Solok Tulang Daing Dua, di sini, masih digunakan walaupun sudah runtuh kira-kira tujuh bulan lalu.

Asri menunjukkan jambatan yang menjadi penghubung penduduk Kampung Solok Tulang Daing Dua.

Asri menunjukkan jambatan yang menjadi penghubung penduduk Kampung Solok Tulang Daing Dua.

Jambatan itu roboh akibat hakisan tebing anak sungai dan dilihat mengancam nyawa penduduk kampung.

Bagaimanapun, penduduk terutama kanak-kanak tetap mengambil risiko menyeberang menggunakan jambatan berkenaan berikutan jamabatn lain yang disediakan jauh dari lokasi berkenaan.

Calon Pas bagi kerusi Parlimen Lendu, Asri Shaik Abdul Aziz berkata, biarpun jambatan itu dibina orang perseorangan, namun sebahagian penduduk masih sanggup menanggung risiko meniti besi pada jambatan tersebut.

“Meskipun mempunyai laluan lain yang boleh dilalui, tapi ramai yang suka lalu di situ. Malah, terdapat juga kanak-kanak yang bermain.

“Keadaan ini jika dibiarkan boleh membahayakan nyawa dan saya harap tindakan segera perlu diambil pihak berwajib sebelum keadaan buruk berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas melawat lokasi di sini, kelmarin.

Sementara itu, dalam masa masa, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi sama, Sulaiman Md Ali turut turun padang untuk melihat kawasan berkenaan, kelmarin.

Bagaimanapun, Sulaiman mempunyai tindakan berbeza apabila meminta sidang kampung untuk menutup jambatan berkenaan bagi mengelakkan risiko.

“Jambatan yang dibina indidvidu yang tinggal berhampiran ini bertujuan menghubungkannya dengan rumah ibunya yang terletak di seberang anak sungai, sejak kira-kira enam tahun lalu.

“Selepas pembinaannya, ia menjadi laluan utama kepada penduduk setempat terutama pejalan kaki. Bagaimanapun, ia tidak lagi dilalui kenderaan sebelum runtuh kira-kira tujuh bulan lalu,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Sulaiman berkata, biarpun dibina orang perseorangan, kerajaan boleh membantu membaik pulih jambatan itu dan laporan kerosakan sudah dibuat awal tahun ini.

“Sidang dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah membuat aduan kepada Adun sebelum ini, Allahyarham Datuk Idderis Kassim yang ketika itu sedang sakit.

“Cuma saya akan periksa status aduan sama ada sudah dimasukkan ke dalam mesyuarat majlis tindakan daerah atau belum,” katanya.

Menurutnya, kos pembaikan dianggarkan antara RM20,000 dan RM30,000.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.