Jambatan P.Pinang ditutup Ahad ini

GEORGETOWN – Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara selama 10 jam kepada semua kenderaan Ahad ini sempena acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang.
jambatan pulau pinang
Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (Plus) dalam satu kenyataan berkata jambatan ditutup mulai pukul 1 pagi sehingga pukul 10 pagi dan akan beroperasi seperti biasa selepas itu.

Beberapa laluan yang menuju ke jambatan itu juga turut ditutup pada waktu yang sama bagi mengelak sebarang gangguan acara larian berkenaan.

Plus berkata orang ramai yang perlu masuk-keluar antara kawasan pulau dan tanah besar dinasihati supaya menggunakan perkhidmatan feri yang akan beroperasi 24 jam sebagai laluan alternatif.

“Orang ramai juga dinasihati mematuhi papan tanda dan arahan yang diberikan Plus,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai penutupan jambatan boleh didapati dengan menghubungi Plusline 1800 88 0000. – Bernama

Komen

comments

1 Comment

  1. 86Davis

    25/08/2017 at 9:06 am

    I have noticed you don’t monetize your site, don’t waste your traffic, you can earn extra bucks every month because you’ve got high
    quality content. If you want to know how to make extra money, search for: best
    adsense alternative Wrastain’s tools

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.