Izzue bawa peminat ke Hong Kong

WALAUPUN masih berada dalam mood pengantin baru, pelakon Izzue Islam masih lagi tidak melepaskan peluang untuk mengikuti percutian bersama peminatnya ke Disneyland, Hong Kong dan Macau tajaan Safir Go Travel.

Izzue Islam

Izzue Islam

Menurut Izzue, percutian selama 6 hari 5 malam ini akan diadakan pada 15 hingga 20 Disember 2013.

“Ini kali pertama saya ikuti percutian seperti ini. Bagi saya ini adalah satu peluang keemasan buat saya untuk mengenali peminat saya dengan lebih dekat.

“Selain daripada itu, saya juga berpeluang melawat destinasi yang sebelum ini saya belum pernah pergi. Pelbagai aktiviti telah diatur dan saya amat teruja untuk ke sana,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.