Isyarat ping EgyptAir

image (9)

KAHERAH – MESIR. Sebuah kapal tentera laut Perancis dilengkapi peranti laut dalam, kelmarin didakwa mengesan isyarat daripada sebuah kotak hitam pesawat EgyptAir, MS804 yang terhempas di Mediterranean, bulan lalu.

Jurucakap agensi keselamatan penerbangan Perancis, BEA, Remi Jouty memaklumkan isyarat ping itu dikesan kapal peninjau Laplace menggunakan sistem pengesanan akustik.

Sebelum ini, Kementerian Penerbangan Awam Mesir mengumumkan perkembangan tersebut yang dipercayai dihantar daripada salah satu perakam data.

Difahamkan, kawasan carian tersebut adalah sekitar 290 kilometer di utara pantai Kaherah. – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.