Isu Abdul Khalid, Azmin Dibawa Ke Selcat

main_ahz_XX11_PKRdewanPDFSHAH ALAM – Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali akan dipanggil ke Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk memberi keterangan berhubung kemelut pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarbangsa itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh berkata, sesi pendengaran itu akan diadakan pada 25 dan 26 Mac depan.

Sesi pendengaran itu akan diadakan selama dua hari selepas Pilihan Raya Kecil Kajang yang ditandingi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa sebagai cubaan untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid.

Sumber berkata, Abdul Khalid mungkin akan meletak jawatan sekiranya Anwar memenangi pilihan raya kecil itu dan sesi pendengaran tersebut bertujuan untuk menggembalikan semula Azmin ke dalam lembaga pengarah PKNS.

Azmin digugurkan pada 4 Disember tahun lalu di mana pejabat Menteri Besar berkata, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar merupakan dalang disebalik pemecatan tersebut.

Susulan pengguguran Azmin, seramai 22 kakitangan kontrak PKNS Holding dipecat.

Sumber mendakwa mereka berkhidmat bersama syarikat tersebut menerusi cadangan Azmin.

Yeoh berkata, terdapat banyak versi yang berbeza mengenai kes Azmin.

“Jadi, kita akan melihat kedudukannya di dalam lembaga pengarah perbadanan itu dan cerita sebenar mengenai pengguguran beliau,” katanya.

Yeoh berkata, pemecatan seramai 22 kakitangan kontrak PKNS Holding dan beberapa lagi isu berkaitan PKNS akan dibangkitkan pada sesi pendengaran itu nanti.

Terdahulu, Yeoh mempengerusikan sesi pendengaran awam Selcat berhubung perbelanjaan Bajet Selangor 2013 mengenai pengurusan tebatan banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor. – mStar Online

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.