Isteri Kurt Cobain Turut Berusaha Mencari MH370

love-565x374Balu mendiang pemuzik Kurt Cobain, Courtney Love dilihat turut berusaha dalam pencarian misteri kehilangan pesawat MH370 yang tidak ditemui sejak 8 Mac lalu.

Menerusi laman sosial Twitternya, Love menyatakan teorinya bahawa pesawat itu terhempas dalam perairan Pulau Perak, di mana terdapat kesan tumpahan minyak di situ.

love1-284x300Sementara itu pada status Facebooknya pula, Love menulis, “saya tidak pakar tetapi dengan pandangan dekat ianya kelihatan seperti pesawat dan minyak”.

Nampaknya, selebriti Hollywood turut mempunyai teori dan spekulasi mereka yang tersendiri berhubung insiden MH370.

Pelbagai spekulasi mula timbul sejak 11 hari kehilangan pesawat MH370 yang dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah itu.

Namun, seperti biasa kita hanya boleh mempercayai maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi sidang akhbar jam 5.30 petang pada setiap hari.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.