Isteri, anak ‘ghaib’

Shahrizan menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan isteri dan anaknya serta gambar mereka.

Shahrizan menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan isteri dan anaknya serta gambar mereka.

Simpang Renggam: “Perasaan saya jadi tidak menentu kerana selepas 11 tahun berkahwin, ini kali pertama saya berpisah dengan Noraini.

“Saya tidak tahu mengapa Noraini sanggup menghilangkan diri dan membawa bersama anak tunggal kami, Ain Nursyahirah yang berusia 10 tahun. Usaha mengesan kedua-duanya juga gagal,” kata peniaga, Shahrizan Sulaiman, 32.

Shahrizan berkata, isterinya, Noraini Mohd Wahid, 32, dan Ain Nursyahirah menghilangkan diri dari kediaman mereka di Kampung Setia Jaya di sini, jam 4.30 petang pada 4 Disember lalu.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan kedua-duanya apabila pulang ke rumah.

“Pada mulanya saya menyangka mereka ke rumah jiran namun terkejut apabila mendapati pakaian kedua-duanya tiada.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.