Israel tunduk tuntutan Issawi

TEL AVIV – Israel akhirnya tunduk dengan tuntutan tahanan Palestin yang nekad mogok lapar sejak Ogos lalu, menurut peguamnya, semalam.

Penduduk Palestin mengadakan protes menuntut pembebasan Issawi selepas keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

Penduduk Palestin mengadakan protes menuntut pembebasan Issawi selepas keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

Dipteik AP, di bawah perjanjian yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat itu pihak berkuasa rejim Zionis bersetuju membebaskan Samer Issawi, 33, selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara lapan bulan.

“Issawi mungkin dibebaskan pada tahun ini. Beliau juga setuju untuk menamatkan mogok lapar selepas menandatangani perjanjian tersebut.

Ia adalah satu kemenangan besar untuk Issawi selepas beliau sanggup menggadai nyawanya,” kata Jawad Bulous.

Pada 2002, Issawi dijatuhi hukuman penjara 26 tahun atas penglibatannya dalam siri serangan yang menyasarkan polis Israel.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan di bawah perjanjian pertukaran ratusan tahanan Palestin pada 2011 tetapi ditahan semula selepas didakwa melanggar syarat pembebasannya.

Bulan lalu, Ayman Sharawneh yang pernah ditahan semula tahun lalu telah dibebaskan di bawah perjanjian yang menyaksikan beliau dibuang negeri ke Genting Gaza.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.