Israel roboh 11 apartmen

BAITULMAQDIS – Sebanyak 11 apartmen di Baitulmaqdis Timur dirobohkan pihak berkuasa Israel tanpa sebarang notis awal hingga menyebabkan lebih 100 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak kehilangan tempat tinggal, minggu lalu.

Tindakan tidak bertimbang rasa Israel itu menyebabkan lebih 100 hilang tempat tinggal.

Tindakan tidak bertimbang rasa Israel itu menyebabkan lebih 100 hilang tempat tinggal.

Pusat Maklumat Wadi Al-Helwa melaporkan antara kawasan yang terlibat adalah kejiranan Tur dan Jabal Mukaber serta tujuh rumah penduduk Palestin.

Menurut pihak berkuasa perbandaran, kesemua apartmen itu kononnya dibina tanpa permit.

Difahamkan, pihak berkuasa Israel penah cuba membeli empat apartmen di Jabal Mukaber yang dibina sejak 1973, namun gagal.

Dalam satu kenyataan lain, pemilik bangunan di kawasan itu memberitahu Israel sengaja menolak permohonan permitnya sebelum ini menurut laporan PIC.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.