Israel-Palestin terus bergolak

BANDAR GAZA – Dua roket dibedil ke selatan Israel beberapa jam selepas rejim Zionis melancarkan tiga serangan udara di Genting Gaza, awal pagi semalam.

Penduduk Palestin mengadakan protes mengutuk Israel selepas berita kematian Abu Hamdiyeh diumumkan, kelmarin.

Penduduk Palestin mengadakan protes mengutuk Israel selepas berita kematian Abu Hamdiyeh diumumkan, kelmarin.

Ia adalah kejadian serangan balas pertama sejak pelaksanaan gencatan senjata selepas berakhirnya Perang Israel-Palestin selama lapan hari pada November lalu.

Saksi memberitahu sehari sebelum itu, sebuah kawasan lapang di selatan Israel diserang roket dari Gaza selepas media mengumumkan berita kematian seorang tahanan Palestin di penjara negara tersebut.

Pihak berkuasa turut mengesahkan insiden berbalas serangan itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemusnahan harta-benda.

Dalam satu kenyataan, Majlis Syura Mujahidin memaklumkan tindakan itu adalah sebagai respons terhadap tindakan sambil lewa Israel kerana gagal memberi rawatan sepatutnya kepada Maisara Abu Hamdiyeh, 63, yang menderita barah tekak.

Mereka turut mendakwa Israel sengaja enggan membebaskan Abu Hamdiyeh lebih awal walaupun mereka sedar tahap kesihatannya semakin buruk dipetik dari sumber AFP.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.