Israel lempar bom ke masjid

 

Umat Islam di Palestin makin tertekan dengan perbuatan keji polis Israel.

Umat Islam di Palestin makin tertekan dengan perbuatan keji polis Israel.

BAITULMUQADDIS – PALESTIN. Polis Israel terus menaikkan kemarahan penduduk Islam dunia apabila bertindak kejam melempar bom tangan ke dalam masjid Al-Aqsa, menurut ulama kanan Mufti Mohammed Hussein.

Menurut Al Arabiya, polis Israel bagaimanapun menafikan dakwaan itu namun mengaku ada membaling objek yang tidak membahayakan ke dalam masjid terbabit.

Mufti Mohammed Hussein berkata, polis Israel sengaja berbuat demikian bagi mencetuskan bunyi bising sekali gus mengganggu solat yang sedang berlangsung.

“Saya tidak pasti berapa butir bom dilemparkan. Tetapi tindakan mereka membaling bom tangan dan membuat kecoh ketika kami sedang berjemaah adalah sengaja dilakukan.

“Kesemua jemaah dapat menyelesaikan solat sebelum bertindak balas,” katanya.

Menurutnya, perkara ini amat merbahaya kerana sebelum ini, rejim Zionis mengawal dan mengehadkan waktu kunjungan ke masjid itu dan kini, mereka bertindak lebih liar apabila berani memasuki ke dalam masjid.

Susulan kejadian itu, lima rakyat Palestin cedera dan  sebanyak 16 yang lain ditahan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.