Isa sudah jangka ada kelompok tolak

JEMPOL – Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengakui sudah menjangka dari awal ada beberapa kelompok di kawasan berkenaan tidak menerima Barisan Nasional (BN) dan memilih Pakatan Rakyat (PR).

Mohd Isa dipeluk isterinya, Puan Seri Bibi Sharliza Mohd Khalid selepas diumumkan menang bagi kerusi Parlimen Jempol selepas sesi penjumlahan rasmi undi di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol

Mohd Isa dipeluk isterinya, Puan Seri Bibi Sharliza Mohd Khalid selepas diumumkan menang bagi kerusi Parlimen Jempol selepas sesi penjumlahan rasmi undi di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol

Berikutan itu, katanya, beliau tidak terkejut apabila jumlah undi diterima PR di parlimen terbabit pada PRU13 meningkat, namun tetap yakin masih ramai menyokong BN.

“Dari segi pengundi di kalangan peneroka tidak ada masalah, cuma Dun Bahau, kita kalah banyak menyebabkan ia terjejas sedikit,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini masyarakat peneroka Jempol tidak dapat menerima PR, cuma penambahan dan pengurangan undi terhadap BN merupakan situasi biasa.

“Di Parlimen Jempol, cuma Dun Bahau kita kalah. Manakala, berdasarkan senario PRU kali ini di Negeri Sembilan, jumlah undi terhadap BN ada perubahan. Keadaan itu berlaku kerana pengundi Cina tidak ramai  menyokong BN, tidak macam dahulu.

“Kita akan lihat apakah faktor menyebabkan keadaan itu berlaku, iaitu kenapa pengundi Cina tidak dapat beri sokongan kepada BN. Tetapi keadaan ini berubah-ubah dan kita akan lihat dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman penjumlahan undi di Dewan Pejabat Daerah Jempol, malam kelmarin.

Mohd Isa bagaimanapun tidak bersetuju sekiranya ada yang mengatakan Parlimen Jempol dilanda ‘Tsunami PRU’ memandangkan kawasan itu masih kekal milik BN walaupun majoriti berkurangan.

Pada keputusan PRU13 yang diumumkan malam kelmarin, Mohd Isa menang kerusi Parlimen Jempol selepas menewaskan calon Pas, Wan Aishah Wan Ariffin dengan majoriti 8,614.

Bilangan majoriti diterima Mohd Isa bagaimanapun merosot dibandingkan pada 2008 apabila majoriti diterima penyandang sebelum ini, Datuk Lilah Yasin adalah 12,320 undi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.