Intan Tak Rasa ‘Apa-Apa’ Masa Shah Kucup Kepala

CIUM-565x364Umum mengetahui, pelakon Intan Ladyana merupakan teman wanita kepada aktor berbakat, Kamal Adli.

Justeru apabila tersebar gambar aksi mesra antara Intan dengan seorang lagi pelakon, Shah Iskandar, ia menimbulkan polemik di laman sosial.

Mengulas isu ini kepada sebuah akhbar tempatan, Intan menjelaskan bahawa gambar itu tidak seperti yang disangka.

Kata Intan, walaupun nampak seperti Shah Iskandar mengucup kepalanya tetapi mereka tidak bersentuhan sebenarnya.

“Shah cium rambut? Tak kena (kepala) dan tak rasa apa-apa punlah,” demikian komen Intan Ladyana.

Buat masa ini belum ada sebarang komen diberikan oleh Kamal Adli. Apakah dia akan cemburu seperti Qi Razali yang mencemburui aksi mesra Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad?

Hanya Intan dan Kamal yang mengetahuinya kerana kami pasti, Intan pasti terpaksa menjelaskan isu gambar ini pada teman lelakinya itu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.