IJN tanam ‘pacemaker’ terkecil dunia pada pesakit

Perunding Kardiologi dan Elektro-Fisiologi Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Dr Razali Omar menunjukkan'pacemaker' (perentak) terkecil di dunia pada sidang media di sini hari ini mengenai IJN, hospital pertama di Asia Pasifik melakukan implan perentak jantung terkecil di dunia dengan dadar invasif paling minimal. Teknologi bersaiz kecil itu direka untuk memberikan teknologi peranti terbaru kepada para pesakit melalui pendekatan invasif secara minimal berbanding perentak jantung tradisional.

Perunding Kardiologi dan Elektro-Fisiologi Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Dr Razali Omar menunjukkan ‘pacemaker’ (perentak) terkecil di dunia pada sidang media di sini hari ini mengenai IJN, hospital pertama di Asia Pasifik melakukan implan perentak jantung terkecil di dunia dengan dadar invasif paling minimal. Teknologi bersaiz kecil itu direka untuk memberikan teknologi peranti terbaru kepada para pesakit melalui pendekatan invasif secara minimal berbanding perentak jantung tradisional.

KUALA LUMPUR – Institut Jantung Negara (IJN) berjaya menanam empat ‘pacemaker’ terkecil dunia, Medtronic MICRA Transcatheter Pacing System (TPS), pada setiap pesakitnya yang menghidap bradycardia, iaitu denyutan jantung perlahan atau tidak menentu.

Pakar kardiologi perunding kanan dan fisiologis elektro Datuk Dr Razali Omar berkata ini dilakukan selepas IJN terpilih sebagai pusat pertama di Asia Pasifik menyertai bersama Medtronic Inc, pengeluar peranti perubatan terbesar dunia itu, dalam kajian klinikal global.

“Peranti baharu itu merupakan pembaharuan dari pacemaker (pengatur denyut jantung) sebelumnya yang digunakan bagi merawat pesakit yang menghidap bradycardia.

“Peranti itu ditanam sebagai sebahagian dari ujian klinikal pivotal global Medtronic yang akan mendaftar sehingga 780 pesakit dalam dua tahun ini di kira-kira 50 pusat,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Razali berkata jika ujian itu positif, hasilnya akan memanfaat lebih sejuta orang di seluruh dunia yang menerima pacemaker setiap tahun.

Sementara itu, Pengarah Kejuruteraan Kanan (MICRA) Transcatheter Pacing System (TPS) Amerika Syarikat, Leonardo Rapallini berkata MICRA TPS berukuran satu persepuluh dari saiz pacemaker konvensional – saiznya sebanding dengan sebutir vitamin besar.

“Tidak seperti pacemaker konvensional, peranti baru itu serba lengkap sepenuhnya. Teknologi pengatur denyut termaju ini digunakan dengan pendekatan invasif yang minimum.

“Anggaran hayat bateri peranti ini ialah hingga sembilan ke 13 tahun dan ia mampu memberi respons terhadap tahap aktiviti pesakit dan menyelaras terapi secara automatik,” katanya. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.