Ibu maafkan kesalahan anak

KOTA BHARU – Seorang ibu membuktikan kasih apabila sanggup memaafkan anak yang mengasarinya, Ogos lalu, hingga lelaki itu terselamat daripada hukuman berat oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam.

Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam.

Tertuduh, Md Zakuan Md Nor, 37, hanya dihukum jel tiga bulan selepas mengaku salah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sariah Jaafar, 73.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan melakukan perkara itu di sebuah rumah di Kampung Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi di sini, pada jam 4 petang, 25 Ogos.

Dia sebelum itu dituduh mengugut mencederakan mangsa dengan pisau sebelum tuduhan itu dipinda selepas mahkamah mendengar keterangan impak mangsa.

Pada prosiding semalam, ibu tertuduh yang hadir bertongkat di mahkamah mengucapkan kata-kata maafnya kepada tertuduh dan meminta Md Zakuan tidak ulangi perbuatan sama pada masa depan.

Majistret, Nik Habri Muhamad sebelum menjatuhkan hukuman turut menasihatkan mangsa supaya insaf dengan kesalahannya itu.

“Kamu bernasib baik pada hari ini (semalam) kerana keluarga datang terutama ibu yang sayang akan kamu dan sanggup memaafkan kamu untuk melihat kamu bebas,” katanya.

Tertuduh yang berada di luar kadang pesalah ketika itu hanya mampu mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

Dia bakal bebas dalam masa terdekat selepas hukuman itu diarah berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan hari kejadian. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.