‘Ibu dah tiada’

Ibu dah tiadaPetra Jaya: “Anisa ada memberitahu yang dia tidak mahu menyambut Aidilfitri tahun ini, tetapi hanya mahu bantu saya membuat kuih raya.

“Nampaknya dia memang tidak menyambut raya bersama kami lagi apabila terlebih dulu pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” kata Raanah Bujang, 55, ibu kepada Anisa Ramblee, 26, yang rentung bersama dua anaknya Nordiana Mohd Hazmi, 3, dan Norsyaza, 5, dalam kebakaran yang memusnahkan sembilan rumah di Kampung Tabuan Haji Drahman, Jalan Foochow di sini, kelmarin.

Raanah berkata, Anisa yang juga anak keempat daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang petanda pelik sebelum kejadian, cuma ada memberitahu tahun ini tidak mahu menyambut hari raya kerana mahu menolongnya membuat kuih raya untuk dijual.

Menurutnya, arwah nekad mahu membantunya menjual kuih raya bagi membolehkannya mengumpul wang perbelanjaan persekolahan anaknya.

“Saya tidak menghalang niatnya itu, tapi nampaknya hasrat arwah (mengumpul wang) tidak kesampaian apabila dia pergi terlebih dulu

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.