Ibrahimovic mahu Rooney

HANYA Paris Saint-Germain (SG) mampu memberi kepuasan kepada penyerang Manchester United, Wayne Rooney sekiranya pemain itu bersetuju mengikat kontrak bersama kelab berkenaan.

Ibrahimovic (kanan) mahu Rooney pertimbang sertai PSG.

Ibrahimovic (kanan) mahu Rooney pertimbang sertai PSG.

Bagi penyerang, Zlatan Ibrahimovic, Rooney adalah 10 penyerang terbaik dunia.

“Jika Rooney mahu menjadi sebahagian daripada pasukan bola sepak terbaik dunia, PSG adalah jawapannya.

“Hanya Rooney tahu apa yang terbaik untuknya, dan matlamat kami (PSG) memang jelas. Kami bukan sekadar mahu mendominasi Liga Perancis tetapi menjadi pasukan terbaik di Eropah,” katanya.

Kelmarin, Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser al-Khelaifi mengakui berminat merekrut Rooney, namun menyangkal dakwaan sudah mengemukakan tawaran rasmi kepada bintang England itu.

Pengendali Red Devils, Sir Alex Ferguson bagaimanapun, mengesahkan beliau tidak akan melepaskan Rooney musim ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.