‘Huru-Hara’ Di Mesyuarat MT UMNO Hanya Khabar Angin

najib_razak_7

DALAM keadaan ketegangan hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad, ditambah pula dengan kontroversi pembelian sebidang tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji, maka ramai mengandaikan situasi makin meruncing terutamanya posisi Najib sebagai PM.

Bukan itu sahaja, dalam perkembangan terbaru, ada juga mendakwa, hubungan antara Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut tidak sebulu.

Dakwaan itu muncul setelah Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa isu 1MDB merupakan faktor utama kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRK Permatang Pauh.

Maka terdapatlah desas-desus kononnya, keadaan akan jadi ‘huru-hara’ di Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang sedang diadakan ketika ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Memetik kenyataan bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di ruangan blog peribadinya zamkata.blogspot.com, berdasarkan maklumat yang dterimanya satu tindakan bakal dibuat oleh keseluruhan anggota MT.

Tulisnya, “Mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan dan beradab dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang ini.”

Bukan itu sahaja, blog-blog pro pembangkang turut memainkan isu ini dengan memetik fakta-fakta yang dinyatakan Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama penanya, Zam.

Bagaimanapun, senario yang digemburkan hanya sekadar andaian kerana sehingga kini, tiada laporan sahih menunjukkan keadaan tersebut benar-benar berlaku.

Membelek laman sesawang Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), tiada satupun laporan yang mengaitkan tentang situasi yang dicanang tersebut berlaku sehingga kini.

Ketika ini, Najib sedang mempengerusikan mesyuarat bersama anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Maka, dapat disimpulkan bahawa kenyataan yang ditulis Zainuddin hanyalah andaian semata-mata tanpa bukti kukuh.

CEtjtY5WEAEo9k9

Sokongan yang diterima Najib dalam pertemuan dengan penduduk Sabah semalam juga menjadi bukti bahawa beliau masih lagi memegang mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Malah dalam ucapannya, Najib menolak desakan segelintir pihak menggesanya meletak jawatan.

Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya,” ujarnya yang membuat ucapan di hadapan kira-kira 40,000 penduduk di Padang Perbandaran Tawau. – Mynewshub

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.