Hujan dijangka sehingga esok

imageSHAH ALAM – Kawasan sekitar Lembah Klang dijangka terus menerima hujan mulai petang ini.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional, Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan lebat hasil pembenihan awan yang turun sejak semalam membantu mengurangkan kadar jerebu yang semakin mengancam kesihatan penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Sebanyak 66 titik panas telah direkodkan di sekitar Lembah Klang semalam, namun jumlahnya berkurangan sejak hari ini.

“Pihak kami jangka hujan akan berlaku lagi petang ini dan esok, sekaligus mengurangkan cuaca panas dan masalah jerebu,” katanya.

Menurutnya lagi, antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah kawasan Petaling Jaya dengan jarak ketampakan sejauh 0.4 kilometer.

Justeru itu, beliau menasihatkan penduduk supaya mengelakkan daripada melakukan pembakaran terbuka atau melakukan pembakaran hutan dengan sengaja.

Sejak Februari lalu, hampir semua negeri di Semenanjung mula mengalami masalah jerebu yang serius dan mencatatkan bacaan IPU yang tinggi sehingga semalam.

Masalah jerebu ini dikatakan berpunca daripada abu letusan gunung berapi  Kelud di Jawa Timur dan berterusann akibat cuaca panas yang menyebabkan pembakaran hutan di beberapa negeri.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.