Huawei Honor 3C Yang Hanya Berharga RM499

huawei-honor-565x364Huawei Malaysia secara rasminya mengumumkan bahawa Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan salah satu telefon pintar terbaru pada minggu lepas, iaitu Huawei Honor 3C.

Menariknya mengenai peranti ini, ia membawakan spesifikasi telefon yang agak baik berbanding kebanyakan telefon pintar pada harga serendah RM499.

Huawei Honor 3C memggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz Mediatek , dilengkapi memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, serta menyertakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Di samping itu, ia juga mempunyai sokongan dwi-sim dan kad MikroSD.

Selari dengan pengenalan Huawei Honor 3C, pihak Huawei turut melancarkan VMall Malaysia, yang merupakan kedai atas talian untuk produk Huawei.

huaweiPengguna yang berminat boleh membuat tempahan untuk Honor 3C di laman VMall, bermula hari ini.

Pihak Huawei juga merancang untuk membuka sehingga 100 kedai konsep yang menjual pelbagai produk Huawei di Malaysia tidak lama lagi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.