Hasrat rai kemenangan calon

ALOR SETAR – Segelintir penduduk kawasan Kuala Kangkong bercadang meraikan kemenangan calon pilihan mereka, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi yang berjaya mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kundor.

Penduduk, Siti Haidah Mohamad, 41, berkata, mereka berhasrat mengadakan kenduri doa kesyukuran sebagai tanda sokongan kemenangan berterusan di kawasan itu, sekaligus meraikan kejayaan diperoleh.

Penduduk bergambar kenangan dengan replika tugu perwira Lahad Datu yang dibina sebagai mengenang jasa anggota keselamatan terkorban, selain meraikan kemenangan Phahrolrazi.

Penduduk bergambar kenangan dengan replika tugu perwira Lahad Datu yang dibina sebagai mengenang jasa anggota keselamatan terkorban, selain meraikan kemenangan Phahrolrazi.

“Alhamdulillah, bila dapat tau yang Datuk menang, kami semua rasa sangat seronok dan teruja menerima berita gembira tersebut.

“Kemenangan ini sangat memuaskan hati, sebab nampaknya usaha kami semua akar umbi dengan seluruh pimpinan parti terlibat berjaya membuahkan hasil,” katanya.

Menurutnya, dia melahirkan perasaan gembira tidak terhingga berikutan usaha sepanjang tempoh berkempen lalu berbaloi.

Pendapatnya dipersetujui, Latiff Ahmad, 45, yang mencadangkan  mereka bersepakat membina replika tugu perwira.

Katanya, replika tugu perwira berkenaan dibina bagi mengenang mereka yang terkorban semasa mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, juga sebagai menunjukkan semangat berjuang tinggi dimiliki Phahrolrazi dalam membela penduduk kawasan berkenaan.

Menurutnya, replika berkenaan membawa makna bahawa walau apa pun cabaran mendatang namun akan ditempuhi sebaik mungkin demi kebaikan masyarakat dalam negara ini secara amnya, dan penduduk setempat khususnya.

Sementara itu, Phahrolrazi berkata, melalui kemenangan dicapainya itu beliau akan memainkan peranannya dengan baik untuk penduduk kawasan Pengkalan Kundor demi meringankan kesulitan dialami mereka.

“Pengkalan Kundor berada di kawasan pinggir bandar bandar raya menyebabkan sedikit sebanyak kos sara hidup kawasan berkenaan mempengaruhi, jadi saya cadang untuk cuba wujudkan pekan kecil untuk membantu penduduk,” katanya.

Katanya, pada masa sama walaupun bercadang membawa pembaharuan, namun beliau masih ingin mengekalkan kawasan itu sebagai sumber tanaman padi, serta membantu golongan nelayan di situ dengan cuba meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Dalam kemenangan tersebut, Phahrolrazi yang mewakili Pas diisytiharkan memenangi kerusi dengan majoriti 3,884 apabila memperoleh undi sebanyak 15,526, manakala lawannya Noor Hasita Mat Isa mendapat keputusan 11,642 undi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.