Harun Salim Bachik meninggal

8315salimbachik.transformed

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak popular Harun Salim Bachik meninggal dunia selepas rebah di stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat Bukit Semanggol, Perak kira-kira 4.30 petang tadi.
Berita kematian arwah disahkan anak lelakinya yang dikenali sebagai Akim.

“Ya memang betul ayah sudah tak ada.

“Ayah jatuh tiba-tiba. Kami dalam perjalanan balik KL,” katanya secara ringkas.

Berita kematian pelakon itu turut disahkan pelakon Den Wahab.

Difahamkan, arwah, 57, bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, ketika singgah di R & R terbabit, Harun tiba-tiba rebah berhampiran tandas stesen minyak di R & R itu.

Difahamkan jenazah harun akan dibawa ke hospital di Shah Alam atas permintaan keluarganya. – Harian Metro

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.