Harga Kelapa Parut RM3 Sekilo Di Kuching

contoh penelitian tentang kelapa parutKUALA LUMPUR – Harga sekilogram kelapa parut di Medan Niaga Satok, Petra Jaya, Kuching dilapor dijual pada kadar RM3, demikian menurut portal www.1pengguna.com hari ini.

Sementara di Pasar Putatan, Kota Kinabalu, harga sekilogram kelapa parut ialah RM4.

Harganya pada kadar RM5.50 sekilogram di Pasar Besar Seksyen 16 Shah Alam, Selangor.

Di Pasar Besar Cheras, sekilogram kelapa parut dijual pada harga RM6.

Di Pasar Harian Selayang, sekilogram kelapa parut ditetapkan pada RM7 manakala di pasar raya TMC Bangsar, bahan keperluan tersebut dijual pada RM7.99 sekilogram.

Telur masin yang dijual pada harga RM3.95 bagi 10 biji menjadi carian paling popular di laman web berkenaan.

Ini diikuti dengan harga sekilogram ayam bersih standard, sayur-sayuran dan hasil laut.

Portal berkenaan berperanan memberikan panduan kepada pengguna untuk merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga berpatutan. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.