Harga Baru Bagi Bahan Bakar RON95 dan RON97 Mulai 1 Julai 2015

Tahniah-Harga-Petrol-RON95-97-Diesel-Naik-Mulai-1-Mei-20151-620x420

KUALA LUMPUR: Bermula tengah malam ini, harga runcit RON95 akan naik sebanyak 10 sen dengan menjadikan harga baru sebagai RM2.15.

Manakala harga runcit bagi RON97 pula naik sebanyak 20 sen dari harga sebelumnya iaitu RM2.30.

Kedua-dua harga baru bagi RON95 dan RON97 adalah termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini.

“Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter,” kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti memetik The Malaysian Insider.

Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata kerajaan tidak akan mengumumkan harga baru bagi petrol pada hari terkahir setiap bulan.

Dengan itu pengguna hanya akan mengetahui keadaan harga itu berubah atau kekal pada lewat malam.

Hal itu disambut baik oleh Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) atas alasan mengelakkan kelancaran operasi stesen minyak.

Untuk rekod kerajaan tidak lagi menanggung subsidi bahan api sejak Disember 2014 dengan menggunakan kaedah pengapungan terkawal.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.