Hanez Suraya rampas suami saya 8 bulan yang lalu! – Liyana Manan

Screen Shot 2014-03-02 at 10.11.14 AM

Sebelum ini, pelakon Hanez Suraya mendakwa kekasihnya berstatus duda anak dua dan bukan lagi suami orang. Dia turut menafikan cuba merampas jejaka bernama R dari isterinya dikenali Liyana Manan.

Bagaimanapun, Hanez rupanya berbohong kepada media kerana dia memang tahu status kekasihnya dari dulu lagi sehingga memaksa beliau memohon maaf.

Menerusi Berita Harian hari ini, Liyana Manan telah tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.

“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri R yang sah.”

“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!”

“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya.”

“Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya.”

Dalam pada itu, Liyana Manan juga menunjukkan beberapa keping gambar percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R.”

liyana manan menangisliyana manan akui hanez rampas suaminya

Gambar-gambar percutian Hanez bersama suami didedahkan Liyana:

89-Kekasih-Hanez-Suraya-Bergelar-Suami-Orang-Bakal-Isteri-Kedua-ROTIKAYA-copy-598x750

79-Kekasih-Hanez-Suraya-Bergelar-Suami-Orang-Bakal-Isteri-Kedua-ROTIKAYA

82-Kekasih-Hanez-Suraya-Bergelar-Suami-Orang-Bakal-Isteri-Kedua-ROTIKAYA

83-Kekasih-Hanez-Suraya-Bergelar-Suami-Orang-Bakal-Isteri-Kedua-ROTIKAYA

86-Kekasih-Hanez-Suraya-Bergelar-Suami-Orang-Bakal-Isteri-Kedua-ROTIKAYA-copy-770x750

88-Kekasih-Hanez-Suraya-Bergelar-Suami-Orang-Bakal-Isteri-Kedua-ROTIKAYA-copy-830x750

 

Sumber : Rotikaya/BharianBpop

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.