Hanez Suraya Minta Jangan Kaitkan AuraWhite

Screen-Shot-2014-01-09-at-4.09.01-PMTERNYATA kontroversi panas yang melihatkan Hanez Suraya dengan suami orang, Mr. R memberi peluang kepada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk menghasut orang ramai memboikot produk AuraWhite.

Jika difikirkan, produk tersebut langsung tidak ada kena-mengena dengan masalah Hanez biar pun dia merupakan dutanya.

“Jangan campurkan hal personal dan karier saya. Itu sangat tidak adil untuk pihak AuraWhite sendiri. Saya juga amat berharap perniagaan AuraWhite tidak terjejas bila ada pihak mahu memboikot produk tersebut,” pinta Hanez menerusi Sinar Harian.

Menurut pelakon itu lagi, setakat ini masih ada beberapa lagi tawaran yang datang kepadanya, namun terpaksa ditolak kerana masalah yang sedang melanda dirinya.

831-300x211Kepada pihak di luar sana, berfikirlah secara logik ya.

Jangan sampai perkara yang tiada kaitan pun terpalit sekali… – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.