Hanez Suraya Difitnah Rampas Suami Orang, Mengaku Kekasih Duda

hanez-suraya-duda“Sebenarnya lelaki itu ialah seorang duda anak dua, bukan suami orang seperti yang didakwa. Saya berkawan dengan dia selepas dia bergelar duda.

“Saya kesal apabila ada yang memfitnah saya merampas suami orang dan menghasut lelaki itu untuk ceraikan suaminya. Itu tidak betul sama sekali,” kata pelakon Hanez Suraya mengenai hubungannya dengan seorang lelaki dikenali sebagai R yang didakwa suami orang.

Dalam laporan yang di petik daripada Harian Metro pada Selasa, pelakon kontroversi itu bercadang untuk mengadakan sidang media Khamis ini untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Tuduhan saya ini perampas dan perosak rumah tangga orang adalah melampau! Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-macam selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru-baru ini?

“Kalau saya rosakkan perkahwinan orang, kenapa keluarga R sendiri beri restu dan datang melamar saya?,” katanya kesal.

Pelakon drama bersiri Auntumn Di Hatiku 2 ini berkata, dia enggan berdiam diri lagi dan terpaksa tampil ke depan untuk membersihkan namanya.

“Saya perlu tampil untuk menjelaskan perkara sebenar supaya spekulasi dan fitnah ini dapat dihentikan. Saya harap selepas PC nanti, masyarakat akan tahu cerita sebenar,” katanya lagi.

Terdahulu, Harian Metro ada melaporkan Hanez Suraya atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, mengesahkan bakal bernikah dengan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun pada tahun ini.

Dalam laporan terbabit, Hanez turut menyatakan belum bersedia mendedahkan identity bakal suaminya atas sebab peribadi.

Hanez dan R mula menjalin hubungan sejak setahun yang lalu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.