Hampir 70 maut kilang baja Texas letup

WACO – Kira-kira 60 hingga 70 maut dan beratus-ratus lagi cedera disebabkan letupan di sebuah kilang baja di sini, semalam.

Kira-kira 60 hingga 70 maut dan beratus-ratus lagi cedera disebabkan letupan di sebuah kilang baja di sini, semalam. - Foto EPA

Kira-kira 60 hingga 70 maut dan beratus-ratus lagi cedera disebabkan letupan di sebuah kilang baja di sini, semalam. – Foto EPA

Pihak bomba yang cuba menyelamatkan keadaan turut cedera.

Ketua Penolong Bomba, Don Yeager berkata, letupan di kilang baja itu berlaku kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (9 pagi tadi waktu Malaysia).

“Pihak kami juga sudah menyediakan satu unit penyelamat di bangunan apartmen di mana  ramai mangsa terperangkap.

“Pasukan bomba dari bandar berhampiran turut dikerah ke kawasan kilang kerana letupan yang berlaku terlalu kuat hingga boleh memberi risiko kepada bangunan berhampiran.

“Kami mendapati, bahan letupan diletakkan bersebelahan kilang,” kata Yeager.

Pihaknya menambah punca letupan masih lagi disiasat.

Mangsa yang cedera dikejarkan segera ke hospital berhampiran.

Letupan itu berlaku susulan letupan di Boston, Isnin lalu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.