Hamil 5 Bulan, Isteri Ezad Exist Disahkan Menghidap Kanser

ezad-wife

Ujian besar buat seorang suami apabila isterinya yang sedang hamil 5 bulan disahkan menghidap kanser. Penyakit yang melibatkan nyawa isterinya ini disahkan selepas doktor pemeriksaan ke atasnya di Hospital Ampang.

Ezad memberitahu isterinya, Zeana ada mengadu sakit perut ketika mereka mengerjakan umrah Februari lalu. Sejurus mereka pulang, Ezad membawa isterinya membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan ada ketumbuhan. Pembedahan telah pun dilakukan dengan membuang ketumbuhan sebesar size kepala bayi.

“Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan,” jelasnya lagi.

Walaupun, disahkan menghidap penyakit yang boleh membahayakan kandungannya, isteri Ezad nekad tetap mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan ada keajaiban berlaku penyakit itu hilang selepas anak mereka dilahirkan. Ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST) adalah penyakit yang paling biasa terjadi di saluran usus yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.