Hamidah mohon maaf

IPOH – Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman memohon maaf kepada pengundi beliau atas kesilapan dan kesalahan semasa menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di Dun Sungai Rapat penggal lalu.

Datuk Hamidah Osman

Datuk Hamidah Osman

Dalam status laman sosial Facebooknya, beliau menegaskan kepentingan untuk memikirkan masa depan masyarakat Melayu.

“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang senantiasa memberi sokongan, dorongan dan kerjasama kepada saya sepanjang menjadi Adun dan Exco.

“Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Maaf juga saya pinta pada semua di atas segala kesilapan dan kesalahan saya semasa saya menjalankan tugas. Saya tidak penting, yang penting kita semua kena fikirkan masa depan Melayu,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Hamidah yang bertanding di Dun Sungai Rapat meraih undi sebanyak 16,602 tewas kepada Yang Dipertua Pas Gopeng, Radzi Zainon dengan 19,240 undi.

Ketua Penerangan Wanita Umno itu juga turut ditentang calon Bebas iaitu Mior Azman Aminuddin Mior Aris yang meraih 333 undi. Majoriti yang diterima Radzi adalah 2,638 undi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.