Hakim New York angkat sumpah guna al-Quran‎

Carolyn Walker-Diallo (tengah)

Carolyn Walker-Diallo (tengah)

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Berbeza dengan hakim lain yang bersumpah dengan memegang Bible di Amerika Syarikat, seorang hakim di New York mengangkat sumpah menggunakan al-Quran, Khamis lepas.

Menurut Morocco World News, Carolyn Walker-Diallo merupakan wanita berkulit hitam yang beragama Islam, dilantik selepas memenangi pilihanraya yang diadakan bulan lepas.

Carolyn akan bertugas sebagai hakim mahkamah sivil 7th Municipal District di Brooklyn Burough Hall yang terletak di New York.

Perkara tersebut disambut baik oleh orang ramai walaupun masih terdapat sebilangan kecil pendapat anti-Islam.

“Baguslah. Tak kisah Bible atau al-Quran, yang penting janji anda untuk menjadi hakim terbaik yang telah bersumpah kepada kebenaran,” kata seorang pelayar laman Facebook.

“Amerika bukanlah negara agama Kristian. Amerika menerima setiap lapisan agama, tidak kira warna kulit atau bangsa. Kalau kita tidak benarkan hak sama rata diberikan, kita bukanlah orang Amerika,” kata pelayar tersebut lagi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.