Hafiz Suip ‘Sorok’ Teman Wanita

hafizditipu-kontraktor-rumaMenjadi lumrah bintang popular, apa sahaja yang dilakukan pastinya mendapat perhatian umum.

Tidak terkecuali penyanyi terkenal, Hafiz Suip yang kini dikatakan sudah bertemu cinta baharu.

Namun, Hafiz enggan mendedahkan identiti gadis tersebut kerana menghormati permintaan kekasih dan juga keluarga kekasihnya itu.

Memetik kenyataannya dalam Harian Metro, Hafiz berkata, “masih terlalu awal untuk bercakap soal kahwin, tetapi hubungan kami berjalan lancar dan direstui keluarga kedua belah pihak setakat ini”.

“Dia masih belajar di sebuah universiti tempatan dan saya tak mahu mengganggu fokusnya pada pengajian,” ujar penyanyi berusia 24 tahun ini.

Selain itu, penyanyi lagu ‘berhantu’ Bahagiamu Deritaku ini juga meletakkan sasaran mahu mendirikan rumah tangga sebelum usianya mencecah 30 tahun.

Malah, Hafiz juga tidak akan merahsiakan perkahwinannya kelak daripada pengetahuan pihak media dan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya selama ini.

Sebelum ini, Hafiz pernah bercinta dengan rakan artis, Adira namun hubungan mereka tidak berkekalan lama.

Walaupun pernah menganyam cinta, namun Hafiz dan Adira tetap profesional apabila pernah berganding bahu dalam sebuah lagu duet, Ombak Rindu, selepas kisah putus cinta mereka.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.