Hafiz Suip Akui Warna Rambut Barunya Dikritik Ramai

hafiz

AMACAM, lawa tak warna rambut baru Hafiz ni?

Agak-agak ada ke peminat yang nak tiru warna rambut ni sekali gus boleh tampil macho macam Hafiz.

Dalam pada ada yang suka dengan warna rambut penyanyi itu, tak kurang juga yang tidak berapa menyukai warna pilihan yang dipilih Hafiz untuk imej terbaharunya itu.

“Saya menerima banyak tohmahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang orang kata kerana apa yang penting terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita. Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja.

“Saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri. Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan,” katanya memetik Malaysian Digest.

Dalam pada itu, Hafiz juga turut mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Effy, tahun depan.

“Setakat ini tidak ada tarikh sebenar tetapi tunang saya akan tamat belajar sekitar Ogos atau September tahun ini. InsyaAllah, kami akan bernikah dalam awal tahun depan atau bulan Mei sempena ulang tahun kelahiran tunang saya.

“Kalau ikutkan saya mahu beri peluang tunang saya timba pengalaman bekerja dulu sekurang-kurangnya enam bulan. Namun, jika keluarga mahukan kami segera bernikah, kami hormati keputusan mereka,” katanya yang sekali lagi berkolaborasi bersama Adira dalam lagu runut bunyi untuk filem Pilot Cafe yang berjudul Untuk Cinta.

hafiz1

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.