Hafiz mahu Tok Gajah bangkit

 

Hafiz (kiri) diasak S Kunalan pada pertemuan Pahang menentang Selangor, Sabtu lalu.

Hafiz (kiri) diasak S Kunalan pada pertemuan Pahang menentang Selangor, Sabtu lalu.

PAKAR sepakan percuma skuad Tok Gajah, Mohd Hafiz Kamal mahu lupakan segera episod duka yang berlaku pada Sabtu lalu, lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Selepas rekod kebal di Stadium Darul Makmur lebur apabila tewas tipis 0-1 di tangan Selangor, Hafiz mengakui kecewa dengan keputusan tersebut.

Menurutnya, dia mahu lupakan segera kekalahan tersebut dan kembali fokus untuk aksi seterusnya.

“Sabtu lalu kami mempunyai banyak peluang namun tiada penyudah. Memang nasib tidak menyebelahi pasukan.

“Saya tekad nak tebus kembali dan pastikan tiga mata dapat dibawa pulang Jumaat ini,” katanya di sini, semalam.

Pahang bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) sempena saingan Liga Super di Larkin, Jumaat ini.

“Saya tekad nak bawa pulang kemenangan dan ini boleh dicapai dengan hasil kerjasama rakan sepasukan,” katanya.

Setakat ini, pemain kelahiran Pantai Remis, Perak itu sudah menjaringkan tiga gol dalam saingan liga.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.