Gugup punca tewas

image (1)KEGAGALAN menahan asakan lawan dan mengawal tekanan menjadi punca Chong Wei Feng ‘bungkus awal’ pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di Ballerup Super Arena, awal pagi semalam.

Perseorangan lelaki kedua negara itu bermula cemerlang pada set pertama dengan mata 21-17, sebelum kecundang 22-24 dan 16-21 kepada semifinalis Sukan Komanwel 2014, Rajiv Ouseph dari England.

Bercakap kepada media selepas perlawanan berkenaan, pemain kidal itu mengakui, beliau agak gugup ketika ketinggalan pada set ketiga sehingga menyebabkan pihak lawan mengutip mata mudah untuk meraih kemenangan.

“Saya tidak beraksi baik ketika sedang mendahului lawan pada set ketiga sebelum lawan berjaya mengurangkan jurang mata dengan saya.

“Mungkin saya hilang fokus selain banyak memberi tekanan kepada diri sendiri, saya akui perlawanan pertama biasanya agak sukar bagi saya dalam mana-mana kejohanan,” kata Wei Feng.

Pemain kelahiran Kedah itu turut menyatakan kesediaan untuk memberi peluang kepada pemain negara yang lain seandainya khidmatnya tidak diperlukan, selepas ini.

“Saya juga bersedia untuk menerima kritikan daripada peminat (di tanahair). Perkara itu (kritikan) adalah normal jika kita kalah tapi sebagai seorang pemain (profesional), kita kena menerima perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek kurang berpuas hati dengan corak persembahan yang dipamerkan Wei Feng yang banyak memberikan tekanan kepada diri sendiri.

Katanya, pemain berkenaan sepatutnya bijak mengawal tekanan ketika ketinggalan kepada pihak lawan dan mencari jalan terbaik untuk mengatasi kelemahan itu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.