Gempar jumpa gas pemedih mata disangka bom

GEORGETOWN – Sebuah restoran yang terletak berhampiran bulatan Persiaran Gurney gempar apabila satu bungkusan beg plastik yang dipercayai mengandungi bahan letupan ditemui seorang pelanggan kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Gas pemedih mata yang ditemui di dalam bungkusan plastik.

Gas pemedih mata yang ditemui di dalam bungkusan plastik.

Bungkusan plastik itu ditemui pelanggan berkenaan berhampiran pintu masuk restoran berkenaan.

Bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku, pelanggan berkenaan segera melaporkan penemuan itu kepada polis sebelum sepasukan anggota dari Unit Pemusnah Bom (UPB), Forensik dan unit anjing K-9 tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Bagaimanapun, pemeriksaan yang dilakukan mendapati objek yang diletakkan di dalam bungkusan itu bukan bahan letupan sebaliknya gas pemedih mata.

Pemeriksaan juga mendapati objek yang berbentuk tin itu terdapat perkataan ‘FOR MILITARY AND POLICE USE ONLY’.

Objek berkenaan dibawa balik oleh UPB untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan objek yang ditemui pelanggan restoran terbabit merupakan satu unit gas pemedih mata (Military CS Grenade) yang lengkap.

Kong meng berkata, siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya untuk membuat perbandingan adakah bahan yang ditemui itu dibekalkan oleh pihak polis atau tentera.

Katanya, motif bahan itu diletakkan berhampiran restoran berkenaan juga akan disiasat dan pihaknya tidak menolak ia berunsurkan sabotaj.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.